cukup lengkap jadual perkahwinanan yang harus + mesti aku attend.
so.
bila nya turn aku nak kahwin lak?
target umur 27 tahun.
kepada lelaki gantang di luar sana anda masih berpeluang untuk submit resume.peluang keemasan masih terbuka luas.sila hantar resume anda via email.
baik.anda mahu target umur berapa anda nak kahwin?di sini ada caranya yang bole di try jika anda nak tahu pada umur berapa anda akan membina masjid.
TARGETAN UMUR UNTUK KAHWIN
bahan-bahan yang diperlukan.
1. sebentuk cincin belah rotan.
2. sebuah gelas yang tidak berisi air.
3. sehelai rambut.
prosedure
1. sediakan sebuah gelas berdiameter sederhana.make sure gelas transparent yakni color putih jernih senang cakap yang boleh nampak tangan kau pegang gelas tu jika dilihat dari sudut sisi.
2. sediakan sebentuk cincin belah rotan milik empunya badan atau di pinjam dari mana2 orang perseorangan.make sure belah rotan.jangan ada sekelumit pun corak or ukiran.apatah lagi diamond zamrud segala.nyah kau.
3. sila cabut sehelai rambut anda sendiri.itu mesti.no excuse.tak kisah la jika rambut anda sekasar berus dawai ke.senipis penyapu lidi kat belah hujung ke.kerinting macam alleycat ke.panjang rambut dalam 10cm.lagi panjang lagi berkesan.jangan risau.rambut pendek pun boleh gak.kesian mereka yang tomboy.
4. ikat kan sehelai rambut yang di cabut tadi pada cincin belah rotan.masuk kan cincin yang di ikat itu ke dalam gelas transparent.masuk sampai half je.make sure tiada pergerakan yang berlaku sebelum kemasukan itu.
5. dalam keadaan static pegang side hujung rambut yang tak di ikat.untuk memastikan tangan anda dalam keadaan static sila buat di atas meja kecil yang boleh di letakkan tangan anda.hal ini berikutan kemungkinan anda akan mengalami kelenguhan tangan kerana prosedure ini mengambil masa lebih dari 5 mins.
6. tunggu cincin itu bergerak sendiri.bukan di gerakkan oleh tangan gatal anda.faham!serius cincin tu akan gerak sendiri weh.percaya lah cakap aku.
7. sila count setiap hentakan yang di buat oleh gerakan sindiri cincin itu ke gelas.meaning.bila kau dengar bunyi ting timg ting akibat hentaman cincin cepat2 lah kira.
8. kira sampai cincin bergerak sendiri itu akan stop dengan sendiri nya.
9. MAKA.jumlah total yang kau kira sampai cincin habis bunyi ting itu adalah UMUR kau akan kahwin.
perhatian.sila tutup kipas.jangan gelak dan kalau boleh jangan bersuara.laku kan dengan penuh serius.sebenar nya bukan apa.takut bila kau gelak-gelak nanti cincin itu pun tergerak sekali.lebih2 lagi kalau bila gelak badan sampai terenjut-enjut.tak ke nanti cincin tu berenjut sekali.
aku tak tahu la samada benda ni boleh diguna pakai oleh kaum adam.macam pelik pulak kalau kaum adam pun nak turut serta.rambut confirm2 dah pendek tahap susah nak cabut unless kau bela rambut panjang macam aweera.
aku dah buat aktiviti ni.baru je kejap tadi.peluh-peluh aku buat sebab kene tutup kipas.tapi siot gila result dia.ada ke cincin tak bergerak.bila gerak kan sendiri pun die stop balik dengan kadar segera.dua kali round aku buat still tak de progress.
jadi apakah maksud nya?
a. adakah aku tak akan kahwin.
b. adakah jodoh aku telah meninggal.
c. adakah aku kahwin lambat.andartu lah tu.
dan jawapan nya.none above.aku membuat kesimpulan bahawasa nya ianya dusta belaka.jodoh di tangan tuhan.tapi mungkin aku tak jumpa jodoh pasal sibuk jadi wanita berkerjaya yang berjaya.hmm mungkin jugak.tapi.jangan percaya la weh.aku repeat.jodoh di tangan tuhan.
aku tetap dengan target umur kahwin 27 tahun.tak pun 28 tahun. tak pun paling lambat 32 tahun.
* * *
marriage is a gambling bak kata pepatah omputih.jika anda tak tahu berjudi maka jangan kahwin.jika anda tak tahu save duit untuk gambling pun maka nya anda tidak wajib kahwin.
ye ke?
* * *