Dec 23, 2010

i MISS you!

OhhMyGod!

It's my blog. Its been awhile since i last blogging.
The oldest post was on April 2009.
Gilak! Dah setahun lebih berlalu.


And all of a sudden i miss it. Like TOTALLY.
I used to spend hours and hours writing and keep on writing.
Tulis sikit makan banyak then tulis lagi tidur kejap save it then open it tulis lagi baru post.


Miss that moment.
Therefore, tittle for this damn newest post is I MISS YOU.


Wondering??
Masa mencemburui aku or aku tak reti jaga hati masa.

Apr 18, 2009

yes.aku nak kawen!

my sister getting married this june on my birthday.i repeat.my birthday.my aunty will get married before raya.my PKN buddy's wedding is on may.anak mak long kahwin on may also.and my cousin will engage in may also-also.

cukup lengkap jadual perkahwinanan yang harus + mesti aku attend.

so.
bila nya turn aku nak kahwin lak?
target umur 27 tahun.
kepada lelaki gantang di luar sana anda masih berpeluang untuk submit resume.peluang keemasan masih terbuka luas.sila hantar resume anda via email.


baik.anda mahu target umur berapa anda nak kahwin?di sini ada caranya yang bole di try jika anda nak tahu pada umur berapa anda akan membina masjid.


TARGETAN UMUR UNTUK KAHWIN

bahan-bahan yang diperlukan.

1. sebentuk cincin belah rotan.
2. sebuah gelas yang tidak berisi air.
3. sehelai rambut.

prosedure

1. sediakan sebuah gelas berdiameter sederhana.make sure gelas transparent yakni color putih jernih senang cakap yang boleh nampak tangan kau pegang gelas tu jika dilihat dari sudut sisi.

2. sediakan sebentuk cincin belah rotan milik empunya badan atau di pinjam dari mana2 orang perseorangan.make sure belah rotan.jangan ada sekelumit pun corak or ukiran.apatah lagi diamond zamrud segala.nyah kau.

3. sila cabut sehelai rambut anda sendiri.itu mesti.no excuse.tak kisah la jika rambut anda sekasar berus dawai ke.senipis penyapu lidi kat belah hujung ke.kerinting macam alleycat ke.panjang rambut dalam 10cm.lagi panjang lagi berkesan.jangan risau.rambut pendek pun boleh gak.kesian mereka yang tomboy.

4. ikat kan sehelai rambut yang di cabut tadi pada cincin belah rotan.masuk kan cincin yang di ikat itu ke dalam gelas transparent.masuk sampai half je.make sure tiada pergerakan yang berlaku sebelum kemasukan itu.

5. dalam keadaan static pegang side hujung rambut yang tak di ikat.untuk memastikan tangan anda dalam keadaan static sila buat di atas meja kecil yang boleh di letakkan tangan anda.hal ini berikutan kemungkinan anda akan mengalami kelenguhan tangan kerana prosedure ini mengambil masa lebih dari 5 mins.

6. tunggu cincin itu bergerak sendiri.bukan di gerakkan oleh tangan gatal anda.faham!serius cincin tu akan gerak sendiri weh.percaya lah cakap aku.

7. sila count setiap hentakan yang di buat oleh gerakan sindiri cincin itu ke gelas.meaning.bila kau dengar bunyi ting timg ting akibat hentaman cincin cepat2 lah kira.

8. kira sampai cincin bergerak sendiri itu akan stop dengan sendiri nya.

9. MAKA.jumlah total yang kau kira sampai cincin habis bunyi ting itu adalah UMUR kau akan kahwin.


perhatian.sila tutup kipas.jangan gelak dan kalau boleh jangan bersuara.laku kan dengan penuh serius.sebenar nya bukan apa.takut bila kau gelak-gelak nanti cincin itu pun tergerak sekali.lebih2 lagi kalau bila gelak badan sampai terenjut-enjut.tak ke nanti cincin tu berenjut sekali.


aku tak tahu la samada benda ni boleh diguna pakai oleh kaum adam.macam pelik pulak kalau kaum adam pun nak turut serta.rambut confirm2 dah pendek tahap susah nak cabut unless kau bela rambut panjang macam aweera.


aku dah buat aktiviti ni.baru je kejap tadi.peluh-peluh aku buat sebab kene tutup kipas.tapi siot gila result dia.ada ke cincin tak bergerak.bila gerak kan sendiri pun die stop balik dengan kadar segera.dua kali round aku buat still tak de progress.


jadi apakah maksud nya?

a. adakah aku tak akan kahwin.
b. adakah jodoh aku telah meninggal.
c. adakah aku kahwin lambat.andartu lah tu.


dan jawapan nya.none above.aku membuat kesimpulan bahawasa nya ianya dusta belaka.jodoh di tangan tuhan.tapi mungkin aku tak jumpa jodoh pasal sibuk jadi wanita berkerjaya yang berjaya.hmm mungkin jugak.tapi.jangan percaya la weh.aku repeat.jodoh di tangan tuhan.



aku tetap dengan target umur kahwin 27 tahun.tak pun 28 tahun. tak pun paling lambat 32 tahun.





* * *

marriage is a gambling bak kata pepatah omputih.jika anda tak tahu berjudi maka jangan kahwin.jika anda tak tahu save duit untuk gambling pun maka nya anda tidak wajib kahwin.
ye ke?

* * *

Apr 11, 2009

ini bukan menyanyi tapi melalak

mood turns to normal temperature.hee.


sekarang ni karaoke dah jadi satu kemestian dalam aktiviti sosial aku.every wednesday mesti pergi pasal time ni je la class until 10.30.time ni jugak la dapat beri alasan pada housemate ada group discussion padahal takde.lepas habis class then tipu sunat pada housemate baru rushing pergi jusco bukit tinggi.20 mins only if jalan tak jam.if tak mau gak sampai 45 mins.then aku akan lead dengan berlari-lari anak chop bilik takut ramai yang queue.


dapat bilik meluru dengan jakun pasal nak pilih lagu.pilih lagu dulu then baru berebut ambik makanan free kat luar.harus di ingat bahawa tahap perebutan tidak la sampai ke tahap seperti budak sekolah rendah berebut ambik makanan rmt.jika anda pergi berempat, 2 orang sila stay dalam bilik and the rest pergi ambik makanan.jangan congest kan traffic di situ.


nasihat aku,sila pergi berempat kerna kemungkinan besar anda tidak akan berpuas hati jika pergi berlima atau berenam lebih-lebih lagi bersepuluh.tetapi jika anda pergi hanya untuk duduk lepak habiskan duit kerna terlalu kaya tak tahu nak habis kan duit kat mana, sila pergi besepuluh.


nasihat saya lagi.sila bawak tupperware dari rumah.tak pun bawak bekas mikrowave yang diperolehi ketika membeli tau foo fa di pasar malam.hal ini kerana kemungkinan besar makanan yang di order tidak habis di tambah dengan makanan FREE yang anda pulun.jika anda tak tahu malu, serta kan sekali bekas air untuk merefill segala macam air yang terhidang.


lepas makanan semua dah ada, lagu dah pilih then baru lah boleh berkaraoke dengan tenang.now comes to the list of song yang aku and sahabat-sahabat selalu pilih.not much of current song. 


1. i will survive by gloria gaynor 

2. its all coming back to me by celine dion

3. halo by beyonce

4. mercy by duffy

5. i will be by leona lewis

6. hot and cold by kate perry

7. aku tak biasa by alda

8. my all by mariah cayer

9. without you by mariah carey

10. curiga by ning baizura





eh much la jugak sebenarnya.





banyak lagi sebenar nya tapi tak boleh nak recall lah.3 jam weh sekali bayar satu kepala.180 mins bahagi empat maka satu kepala 45 mins.satu lagu paling maximum is 5 mins maka 9 lagu boleh di sumbangkan oleh suara merdu anda.best kan!


tetapi harus di ingat.sila pergi dengan mereka yang betul2 tak malu untuk bersuka ria.mood berkaraoke haruslah di sulami dengan perasaan riang gumbira bukan emo tak tentu hala.penting tu weh.sila imagine.jika anda pergi bersama mereka yang baru clash dengan pakwe tak ke nanti suasana gumbira bertukar hambar dengan lagu stock leleh-leleh.itu belum lagi di kira kerugian yang di alami dengan tempoh masa 3 jam itu, 2 jam setengah di guna kan untuk menenangkan emosi sahabat anda yang berduka lara dengan dendangan lagu leleh pertama anda.


baik.selepas tamat 3jam sorok kan segala bekas makanan yang anda bawak dari rumah tadi.malu kat orang ramai jika nampak anda tapau makanan FREE.sila pasti kan beg yang di carry cukup-cukup besar untuk segala macam size bekas makanan anda.makanan yang di gemari saya dan sahabat yang its a must to tapau adalah segala perisa pasta!yummy!!


kesimpulannya.kesemua adegan di atas hanya untuk mereka yang bukan tak cuma kurang malu sahaja.dan saya adalah salah seorang dari mereka itu.dan saya happy dengan hakikat ini.



oh tidak.saya menjadi formal berikutan bakal menjalani practical training.ada kaitan kah dua hal ini? 



 











@#$%^&*%$^#*#^^$!!!!

aku terdelete semua post2 entry aku!

argh sedey nye!
memang la tak berapa nak bagus tapi tu sume entry aku.
ni yang nak mencarut dengan ganas ni.

kenapa la tak wujud mesin pemutar masa?
mana pergi doraemon?


jadi moody kejap.5 secs only.